Taklimat Kempen Internet Selamat (KIS)

15 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Julai 2026, satu program bersama pelajar Kelab Rukun Negara, SMK Syed Ahmad telah dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan NADI semasa waktu kokurikulum sekolah.
Dalam program ini, pihak NADI telah menyampaikan taklimat Kempen Internet Selamat (KIS) bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pelajar mengenai keselamatan dalam talian, ancaman siber serta amalan penggunaan internet secara bijak dan bertanggungjawab.

Program kemudiannya diteruskan dengan taklimat dan perkongsian daripada pihak AADK berkaitan kesedaran serta pencegahan penyalahgunaan dadah. Program ini memberi pendedahan yang bermanfaat kepada para pelajar dalam aspek keselamatan digital dan kesejahteraan diri, sekali gus menyokong pembentukan generasi muda yang lebih berpengetahuan dan bertanggungjawab.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali